fbpx

7 LANGKAH AWAL SEBELUM TERLIBAT DENGAN PELABURAN EMAS

7 langkah bijak sebelum anda memulakan pelaburan emas. Susah untuk meyakinkan diri sendiri terutamanya apabila kita tidak ada idea langsung tentang pelaburan emas di Public Gold. Tambahan pula apabila ramai penyangak skim cepat kaya emas muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Langkah-langkah berikut mungkin akan mengurangkan sedikit risau anda tentang Public Gold :

1. Periksa alert list BNM untuk melihat samada nama Public Gold tersenarai dalam alert list tersebut. Biasanya syarikat bermasalah seperti skim cepat kaya akan tersenarai dalamnya.

2. Langsung ke mana-mana Ar-Rahnu Pos Malaysia di seluruh negara untuk memastikan samada emas Public Gold ada dijual di sana atau tidak. Mustahil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebesar Pos Malaysia sanggup bersekongkol dengan skim cepat kaya.

3. Buat semakan dengan pihak autoriti seperti Jabatan Kastam atau Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan emas keluaran syarikat mana yang dikecualikan dari cukai GST sebanyak 6%. Jika Public Gold tidak wujud, maka tidak logik jika item emasnya mendapat pelepasan cukai GST.

4. Penasihat Syariah Public Gold ialah Amanie Advisors, firma penasihat Syariah antarabangsa yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Sebelum mereka bersetuju untuk dilantik sebagai penasihat Syariah, mereka akan membuat pemeriksaan yang sangat rapi tentang latar belakang Public Gold.

5. Buat carian dan semakan di media sosial tentang kesahihan bisnes Public Gold. Anda boleh bertanya secara khusus kepada mana-mana figura yang terkenal anti scam dan rujukan kewangan seperti Azizi Ali, Afyan Mat Rawi, Samsuddin Kadir dan lain-lain.

6. Hadir terus ke mana-mana seminar emas PERCUMA Public Gold di seluruh negara untuk bertanya secara langsung segala kemusykilan anda.

7. Terus ke mana-mana cawangan Public Gold berdekatan anda untuk membeli emas secara cash and carry serendah 0.5 gram atau 1 gram. Jika anda bayar duit tapi tak dapat emas, anda boleh buat laporan kepada pihak berkuasa kerana berkemungkinan besar Public Gold adalah skim cepat kaya.

Selesaikan keraguan anda secepat mungkin. Public Gold hari ini sudah lebih 10 tahun di hadapan anda.